Tuesday, 20 March 2018

Salam Untuk Abah

Dari meja D202,


19/3/2018 genap 100 hari arwah abah tinggalkan aku dan keluarga, dan hari ini 21/3/2018 genaplah umur yang ke-22 tahun. Ya Allah tak dapat aku gambarkan perasaan aku saat ini. Betapa rindunya aku untuk mendengar suara abah gelak dan gurau senda abah. Aku teringin untuk mendengar suara abah, sekali lagi pun cukuplah. 

Aku nak cakap kat abah yang aku sayang abah, aku nak jaga abah dan yang paling penting aku nak dengar abah doakan aku lagi macam biasa dia buat. Abah, kakcik bersyukur Allah masih beri waktu untuk kakcik bernafas tapi abah, kakcik nak dengar abah ucap selamat hari lahir. kakcik nak dengar abah doakan kakcik macam biasa. kakcik nak sambut hari lahir ni dengan abah. 

Abah, kakcik sayang abah, kakcik tak pernah lupakan abah. kakcik tak pernah benci abah. Masih terasa lagi sejuk kali terakhir kakcik kucup dahi abah. Kakcik tengok wajah abah suci sangat. Bersih dan tenang macam biasa. Macam abah tengah tidur je. Sampai sekarang kakcik rasa abah tak tinggal kami. Kakcik rasa abah selalu ada dengan kakcik dan keluarga kita. Macam terngiang-ngiang je suara abah.

Ya Allah, andai diberi peluang aku cuma harap satu je. pertemukanlah aku dengan abah walaupun dalam mimpi. Aku nak sangat tengok abah senyum. Tak dapat dengar suara pun takpe asalkan dapat jumpa abah. 

Ya Allah sampaikalah salam dan doa kami untuk abah. Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan-Mu.

-salam sayang dan rindu untuk abah dari anakmu yang merinduimu-

Sunday, 11 February 2018

Biar buta cinta jangan Buta hati

Dari meja 202.

Unexpected love. Aku tak tahu apa yang aku rasa ni betul ke tak atau mungkin sekadar perasaan aku sahaja. Aku ni bukan baik mana pun tapi tak tahu kenapa orang selalu cakap aku baik la, innocent la. Apa-apa je lah. Mereka yang nampak yang nilai aku mereka akan kenal perangai sebenar aku macam mana.

Tapi baru-baru ni aku dah mula sedar yang aku sebenarnya dah tersuka someone, tersuka je ok. Tapi apa yang semua orang tak sangka adalah profile En. Kumbang tu. He is a disabled man, a normal disabled man. His way to survive just impressed me. Ohh Allah, please show me is this actually for real or i just admire his way of life.

Tapi apapun aku sebenarnya tak kesah pun future En. Kumbang aku tu macam mana. Yang penting dia boleh bawa aku kepada Allah swt dan boleh sayang parents aku macam mana dia sayang parents dia, mampu sediakan keperluan rumah tangga dengan baik dah kira ok la tu.   

Tapi aku ni ada satu perangai pelik bila lelaki nak berkenalan ke apa ke aku suka buat perangai sampai dia rasa bosan dan lupakan apa yang dia fikirkan dan niatkan tentang aku. hahaha...

Dear readers, please jangan gelak atau bosan kalau terbaca post ni okay.

#fallinlovewithblindman
#itisnotforfunny