Thursday, 28 December 2017

Jumaat Terakhir 2017

Hari ni genap 20 hari abah tinggalkan aku sekeluarga. Tangan ni pasti menggigil tiap kali sebut nama abah. Perkataan arwah tu tak pernah terlintas pun dekat fikiran ni dan pastinya sampai saat ini aku masih merasakan dia ada dan tak pernah tinggalkan aku.

Masih terasa sejuk dahi abah ketika kucupan kali terakhir. Saat itu wajah abah tenang macam abah sedang tidur. Kejap je Allah bagi pinjam abah kat kami. Telinga ni masih lagi terngiang-ngiang suara abah bagi salam. kali terakhir otp dengan abah, macam biasa abah excited sangat dapat cakap dengan anak-anak abah.

Kakchik tak tahu kat mana lagi nak curahkan rasa rindu kat abah. sebab saat ini kakcik hanya harapkan Allah sampaikan salam rindu ni dekat abah. Tangan ni dah tak mampu lagi nak menaip. kami rindu abah sangat-sangat.


yang merindui,
kakchik.

Wednesday, 27 September 2017

Sensetive

Dari tingkap D202.


Tanpa sedar atau tak sebenarnya dah setahun lebih aku berada dan menuntut ilmu dekat uni ni, thanks a lot untuk semua yang sudi terima aku sebagai anak murid. 

Lately aku rasa aku terlalu sensetif la. Bila tengok video atau dengar cerita sedih sikit especially yang berkaitan ibu bapa, OKU dll, mata ni cepat je masuk habuk asyik nak nangis je. Itu Baru video belum jadi depan mata aku, kalau jadi depan mata tak tahu la apa reaksi aku. hahaha..

Aku tak tahu apa yang Allah swt nak tunjuk kat aku tapi aku rasa lately banyak sangat dugaan datang yang buat aku jadi cepat sensetif. Orang kata kalau Allah swt bagi ujian tu maksudnya Dia masih sayangkan kau dan nak kau selalu ingat kat Dia. Mungkin betul kata-kata ni, aku tahu aku terlalu leka dengan apa yang aku dapat dan apa yang aku ada sekarang ni. Wahai hati tolonglah jangan manja sangat, penat tau asyik nangis je. Tapi aku rasa okay la sebab aku nangis untuk perkara baik dan bukan untuk cinta manusia yang selalu berubah-ubah tu. hahahaha...

Tapi andai betul kata-kata tu, aku harap sangat yang Allah swt takkan pernah lagi tarik cinta tu sebaliknya beri aku kekuatan dan petunjuk agar aku lebih dekat denganNYA. Semoga aku tidak hanyut dengan keselesaan dunia. 

Aku lebih rela hati ni sensetif dari keras tanpa perasaan dan pegangan agama yang kukuh. Untuk sahabat pembaca, doakan saya supaya tidak lupa dan sentiasa bersyukur serta ingat kepadaNYA yang Esa.


p/s : Aku dah tak kesah apa yang orang nak cakap pasal aku sebab apa aku hidup untuk Allah swt dan ibu bapa aku serta keluarga, bukan untuk orang lain. Antara nikmat yang paling susah untuk dapat adalah redha manusia. jadi daripada aku kejar redah korang aku rasa lebih berbaloi kalau aku menangis dan berusaha kejar redha Allah swt, ma abah dan keluarga aku.  

Wednesday, 17 May 2017

Dia ni memang la...

Dari makmal lanjutan uni aku,


Dah agak lama sebenarnya aku terleka seketika dengan kewujudan dunia baru dalam hidup aku setelah masuk uni ni. nak dijadikan cerita, sem ni aku ditakdirkan untuk satu kelas dengan  sorang lelaki ni. dia muda setahun dari aku.

Bagi aku dia seorang anak dan student yang baik walaupun terkadang tu aku rasa nak lempang je dan geram dengan dia. Dia ni jenis yang agak warak sikit la sampai dalam kelas pun bawak masuk kitab dan alquran. Lecturer bebel kat depan pun dia buat derk je sebab leka sangat dengan kitab dia tu.

First time aku tengok dia kau rasa dia jenis yang nak menunjuk yang dia ni sangat baik dan alim lah kononnya. Tapi bila lama-lama aku kenal dia, sebenarnya dia bukanlah jenis yang macam tu. Dia sangatlah baik, banyak buat program bersama asnaf, majlis agama dan macam-macam lah.

Satu hari dan dalam satu waktu tu dia bagi satu soalan yang agak menyentap tangkai jantung hati aku lah kiranya. 

soalan dia "kau dalam seminggu berapa kali baca quran?"

Time ni aku macam terkejut, soalan dia buat aku terdiam. Sebenarnya aku bukan sebaik dia, ada masa aku duduk baca quran, kalau takde masa aku biar je dalam laci. Terkadang tu dalam masa seminggu aku tak sempat baca pun.

Dia buat aku sedar yang aku dah terlalu selesa dengan dunia baru aku. "uni life", aku tak tahu nak describe macam mana, yang pasti words ni yang buat aku terleka sehingga aku dah tak mampu nak bahagi masa macam dulu.

kalau dulu dekat matrik aku selalu jugak ke surau dan bertadarus tapi sekarang ni....usahkan nak ke surau dan bertadarus, nak baca quran kat bilik pun aku tak sempat. Allahu...aku rasa aku kejam dengan diri sendiri dan kejam dengan Pencipta aku. Dia(Allah) boleh penuhi keperluan aku tapi aku tak mampu untuk buat satu benda pun sebagai tanda syukur dan perhargaan pada Dia.


p/s: untuk adik-adik yang bakal menempuh alam universiti, mohon la jangan jadi macam saya. kalau dah biasa dengan quran tu teruskan jangan pernah skip walau takde masa macam mana sekalipun. untuk yang jarang bersama quran tu, mohon rajin-rajinkanlah diri tu, semoga ia jadi rutin dan hidup diberkati Allah. Terima kasih jugak unutk adik kerana menyedarkan akak dari lena dan leka ini.

Sunday, 8 January 2017

wahai hati..

Dari katil C312.



Actually aku dah mula konfius dengan hati dan diri aku sendiri. Jujur aku katakan tiada secebis pun rasa cinta di hati aku untuk insan bergelar lelaki. Hmmm..bila aku cakap macam ni pasti ramai yang fikir bukan-bukan.

To be honest, i'm NOT a lesbian. Mohon dijauhkan dari sifat keji tu, tak sanggup ke neraka yang panas menggelegak tuh. Actually kenapa hati aku dah takde untuk lelaki, bukan sebab aku pernah break up or else, tapi aku kecewa bila tengok sesetengah kaum perempuan terseksa dan merana hanya kerana nafsu seorang lelaki, tak kiralah apa cara sekalipun.

Jujur aku katakan, aku takut dan perit untuk menerima cinta lelaki. tapi semakin hari semuanya seakan berubah. Aku tak suka dia dan takde sikit pun rasa kat hati ni untuk dia, tapi kenapa dia semakin mendekat??

Jika dia bukan yang terbaik, aku mohon dijauhkan dia dari aku. Semoga tiada apa yang berlaku yang membuatkan rasa benci dan menyampah aku pada seorang lelaki menjadi lagi parah.

Susahnya untuk menjaga sekeping hati ni, terlalu banyak dugaan bagi insan seperti aku. what should i do???
Dari katil C312,


Aku dah lama tak menulis dekat kat sini sebab aku jarang guna blog. tapi hari ni aku teringin pulak nak menulis lagi kat blog aku nih.

Sejak masuk Uni ni aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku since everything yang jadi semuanya aku tak sangka. tahu-tahu je dah jadi. Basically ape yang jadi ni bukan tentang cinta tapi tentang hidup aku.

Orang kata hidup dekat uni ni memang sangat tough apatah lagi bila course kau sendiri pun tough jugak. And yet i already felt everything what they said.  most of them are true and already happened to me.

Kalau benda yang kita berinteraksi tu adalah benda yang nyata yang mana kau boleh ubah sesuka hati takpa, masih boleh letak harapan lagi. tapi bila kita berinteraksi dengan benda yang lagi bijak dari diri sendiri and it is never come to your logic, i dont think it is ok.

Aku tahu ada hikmahnya bila Allah letak aku kat sini. mungkin bukan masanya lagi untuk aku discover hikmah tu tapi takpa just wait and see.

Sometimes memang timbul rasa menyesal dalam hati aku bila fikirkan kembali kenapa aku terima tawaran Uni ni instead of tawaran dari Uni yang biasa-biasa tapi kena dengan minat dan harapan aku.
Tapi itulah kan, kita hanya mamu merancang tapi Allah yang tentukan segalanya. Siapa kita nak menghalang takdir yang dia tetapkan.

walau sejauh mana aku lari, takdir ni tetap jadi milik aku walaupun aku sudah berusaha untuk lari darinya. Bukan aku tak berusaha malah aku dah nekad untuk pilih course food tech dekat satu Uni ni but 14/8/2016 i made  a huge decision yg mana tanpa fikirkan masa depan aku dan apa yang ada dalam otak aku adalah harapan keluarga aku and dengan yakinnya hampir tepat jam 12 tengah hari aku terima tawaran Uni ni tanpa fikir panjang. Bagi aku harapan keluarga aku lagi penting.

Tapi sekarang ni aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan masa depan aku since aku rasa apa yang aku buat sekarang ni terlalu membebankan otak aku. Bila aku cakap je apa yang aku rasa biasanya orang akan cakap ''there is no shortcut to be in the top'' (kata-kata paling menyampah yang aku akan dengar dari mulut orang yang tak pernah rasa apa yang aku rasa tapi berlagak macam dia rasa segala benda).