Wednesday, 17 May 2017

Dia ni memang la...

Dari makmal lanjutan uni aku,


Dah agak lama sebenarnya aku terleka seketika dengan kewujudan dunia baru dalam hidup aku setelah masuk uni ni. nak dijadikan cerita, sem ni aku ditakdirkan untuk satu kelas dengan  sorang lelaki ni. dia muda setahun dari aku.

Bagi aku dia seorang anak dan student yang baik walaupun terkadang tu aku rasa nak lempang je dan geram dengan dia. Dia ni jenis yang agak warak sikit la sampai dalam kelas pun bawak masuk kitab dan alquran. Lecturer bebel kat depan pun dia buat derk je sebab leka sangat dengan kitab dia tu.

First time aku tengok dia kau rasa dia jenis yang nak menunjuk yang dia ni sangat baik dan alim lah kononnya. Tapi bila lama-lama aku kenal dia, sebenarnya dia bukanlah jenis yang macam tu. Dia sangatlah baik, banyak buat program bersama asnaf, majlis agama dan macam-macam lah.

Satu hari dan dalam satu waktu tu dia bagi satu soalan yang agak menyentap tangkai jantung hati aku lah kiranya. 

soalan dia "kau dalam seminggu berapa kali baca quran?"

Time ni aku macam terkejut, soalan dia buat aku terdiam. Sebenarnya aku bukan sebaik dia, ada masa aku duduk baca quran, kalau takde masa aku biar je dalam laci. Terkadang tu dalam masa seminggu aku tak sempat baca pun.

Dia buat aku sedar yang aku dah terlalu selesa dengan dunia baru aku. "uni life", aku tak tahu nak describe macam mana, yang pasti words ni yang buat aku terleka sehingga aku dah tak mampu nak bahagi masa macam dulu.

kalau dulu dekat matrik aku selalu jugak ke surau dan bertadarus tapi sekarang ni....usahkan nak ke surau dan bertadarus, nak baca quran kat bilik pun aku tak sempat. Allahu...aku rasa aku kejam dengan diri sendiri dan kejam dengan Pencipta aku. Dia(Allah) boleh penuhi keperluan aku tapi aku tak mampu untuk buat satu benda pun sebagai tanda syukur dan perhargaan pada Dia.


p/s: untuk adik-adik yang bakal menempuh alam universiti, mohon la jangan jadi macam saya. kalau dah biasa dengan quran tu teruskan jangan pernah skip walau takde masa macam mana sekalipun. untuk yang jarang bersama quran tu, mohon rajin-rajinkanlah diri tu, semoga ia jadi rutin dan hidup diberkati Allah. Terima kasih jugak unutk adik kerana menyedarkan akak dari lena dan leka ini.

No comments:

Post a Comment