Actually aku dah mula konfius dengan hati dan diri aku sendiri. Jujur aku katakan tiada secebis pun rasa cinta di hati aku untuk insan bergelar lelaki. Hmmm..bila aku cakap macam ni pasti ramai yang fikir bukan-bukan.
To be honest, i'm NOT a lesbian. Mohon dijauhkan dari sifat keji tu, tak sanggup ke neraka yang panas menggelegak tuh. Actually kenapa hati aku dah takde untuk lelaki, bukan sebab aku pernah break up or else, tapi aku kecewa bila tengok sesetengah kaum perempuan terseksa dan merana hanya kerana nafsu seorang lelaki, tak kiralah apa cara sekalipun.
Jujur aku katakan, aku takut dan perit untuk menerima cinta lelaki. tapi semakin hari semuanya seakan berubah. Aku tak suka dia dan takde sikit pun rasa kat hati ni untuk dia, tapi kenapa dia semakin mendekat??
Jika dia bukan yang terbaik, aku mohon dijauhkan dia dari aku. Semoga tiada apa yang berlaku yang membuatkan rasa benci dan menyampah aku pada seorang lelaki menjadi lagi parah.
Susahnya untuk menjaga sekeping hati ni, terlalu banyak dugaan bagi insan seperti aku. what should i do???
No comments:
Post a Comment